Rabu, 28 Julai 2010

TWEETER




Jenis tweeter dan tata letak harus tepat untuk memancing burung inap.

Isnin, 12 Julai 2010

Pengusaha Burung Walit Diminta Bersedia Patuhi Garis Panduan - Noh


Pengusaha burung walit diminta patuhi peraturan pemiliharaan ternakan mereka. FotoBERNAMA: Mohd Johari Ibrahim
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pengusaha industri ternakan burung walit di seluruh negara dikehendaki bersedia untuk mendaftar kegiatan mereka setelah garis panduan bagi mengawalselia industri itu diluluskan jemaah menteri Jumaat lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana, katanya, Garis Panduan (1GP) Industri Burung Walit Negara itu akan dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu selepas ia dibentangkan pada mesyuarat Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Garis panduan yang pertama di dunia ini akan membolehkan lebih 50,000 premis rumah burung di negara ini didaftarkan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan terbabit.

Ia juga akan digunapakai di Sabah dan Sarawak.

Antara lain, bertujuan untuk mengatasi masalah bau, bunyi dan risiko penyakit selain memastikan pembangunan industri itu, yang dianggar bernilai RM1 bilion, berlaku secara holistik (teratur).

"Hari ini kita nak maklumkan kepada pengusaha burung walit bahawa mereka perlu bersedia (untuk mendaftar). Mereka kini boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan baru daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebab kita tidak mahu nanti bila kita terus menguatkuasakannya mereka jadi kelam kabut dan tidak bersedia," katanya pada sidang akhbar mengenai panduan dan peraturan burung walit pada hari Isnin.

Menurut Noh, garis panduan tersebut perlu dibincangkan dahulu dalam mesyuarat itu agar ia tidak menyebabkan pengusaha burung walit berasa tidak selesa.

"Perkara ni dah berpuluh tahun berjalan kemudian kita nak buat peraturan baru... jadi tentulah orang yang lama terlibat dalam industri mungkin rasa macam ada gangguan dan kurang selesa.

"Sebab mereka dah buat perkara dah berpuluh tahun tiba-tiba kita kata itu tak boleh buat dan ini tak boleh buat...jadi kita tak mahu akhirnya peraturan ini nanti akhirnya menyusahkan rakyat," katanya.

Bagi tujuan pendaftaran premis burung walit di seluruh negara, JPV membangunkan sistem pendaftaran premis penternakan itu melalui laman web burungwalit.com.my.

"Laman web ini boleh diakses bermula hari ini," kata Noh.

-- BERNAMA

Ahad, 4 Julai 2010

Bagaimana merumahkan burung walet dengan cepat?


Berbagai pendapat dari orang ramai dan permain baru dalam bidang peternakan walet, ada yang mengatakan amat mudah dengan hanya goyang kaki di rumah boleh mendapat keuntungan beribu malahan berjuta ringgit. tapi dari puluhan ribu RBW di Malaysia hanya 20-30% sahaja yang betul-2 beriaya. Apakah semudah seperti yang difikirkan?

Untuk langkah permulaan kita harus fikirkan...... Bagaimana merumahkan burung walet dengan cepat?

1. Rumah walet harus berada pada lokasi pesat walet yang memiliki populasi burung yang cukup besar, atau berada pada lintasan burung yang banyak populasinya atau juga pada lokasi perburuan makanan walet. Ini syarat mutlak kalau mau cepat merumahkan walet. Harus ada burung walet yang banyak.

2. Memiliki suara panggil walet yang dapat mengundang semaxium burung walet. Karena dari se jumlah besar burung ini, hanya beberapa persen saja yang boleh cepat ditarik untuk menginap. Suara walet tiruan ini boleh dibeli dari orang yang ahli membuat suara walet tiruan. Atau buat juga dibuat sendiri.

3. Rumah walet memiliki desain tata ruang yang betul. Tata ruang yang betul akan memudahkan walet untuk melakukan explorasi ke semua ruangan di dalam rumah walet. Jika rumah walet sudah terlanjur dibuat dengan tata ruang yang kurang tepat dan untuk memperbaikinya memerlukan kos yg tinggi, maka kita boleh juga disiasati kekurangan tersebut dengan bantuan penataan suara walet dan peletakan tweeter yang betul....

4. Mengusahakan fluktuasi suhu sekecil mungkin antara suhu di dalam rumah walet dengan suhu di luar rumah walet. Tetapi pada musim burung walet sedang mengerami telurnya, tidak boleh terjadi perubahan suhu yang signifikan di dalam rumah walet. Suhu harus dipertahankan dengan kombisi yang nyaman buat walet mengerami telurnya.

5. Memainkan suara dalam sesuai pada saat yang tertentu. Terutama suara dalam pada pagi dan petang.

6. Mejaga kestabilan kelembaban, agar pada saatnya walet ingin membuat sarangnya tidak merasa berada pada tempat yang salah.

7. Menjaga dan menjauhkan rumah walet dari predator-predator burung walet dan hal-hal yang dapat mengganggu keamanan, ketenangan serta kenyamanannya.

8. Memiliki waktu yang cukup bagi pengelola rumah walet untuk memperhatikan kondisi rumah walet secara rutin dan berkala.

9. Memiliki niat dan kesanggupan untuk mewujudkan semua hal tersebut di atas.

Kalau pada no. 9 tidak ada pada Anda, lupakan soal merumahkan walet dengan cepat.

semoga berjaya........

Jumaat, 2 Julai 2010

Penternakan burung walit Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Penternakan burung walit

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]

Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.