Jumaat, 2 Julai 2010

Penternakan burung walit Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Penternakan burung walit

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]

Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.

2 ulasan:

  1. fb : koperasi usahawan groom big perlis berhad ada teknolgi walet terbaru

    BalasPadam